• Program ini merupakan inisiatif Kerajaan untuk membantu dan menyokong keusahawanan di kalangan belia Bumiputera. Pembangunan belia sebagai generasi pelapis kepimpinan negara merupakan salah satu strategi pembangunan negara yang diberikan penekanan dan keutamaan.
  • Bagi membantu syarikat belia yang terkesan akibat Covid-19, serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui aktiviti perniagaan khususnya kepada belia dan penganggur, Program TUBE telah dikenalpasti di bawah inisiatif Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai salah satu program yang membantu bagi menyediakan peluang ini kepada penganggur dan belia yang layak dan berminat menjalankan perniagaan.
  • Memupuk semangat keusahawanan di kalangan belia
  • Anjakan paradigma belia dari pekerja kepada pemilik perniagaan dan
  • Membentuk daya tahan dalam pengendalian perniagaan.

Terdapat tiga (3) komponen :

Latihan : Dilaksanakan secara dalam talian selama 10 hari
  • Latihan memberi fokus pada modul-modul berkaitan pembangunan perniagaan, pemasaran & pengurusan kewangan iaitu selaras dengan situasi semasa.

Bantuan Geran Perniagaan : Usahawan belia yang melepasi layak akan dipertimbangkan geran permulaan sehingga maksimum RM15,000.00.

Khidmat nasihat dan Pemantauan : Dibantu oleh Kaunselor Perniagaan bagi menyokong perniagaan yang baharu bermula tersebut sehingga maksimum 12 bulan. Usahawan belia memilih untuk tidak meneruskan perniagaan selepas menerima geran, maka peserta perlu memulangkan semula jumlah geran yang telah diterima.

Permohonan hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:
  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 - 30 TAHUN semasa tarikh tutup permohonan ;
  2. Telah mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Ordinan Negeri dan pendaftaran perniagaan hendaklah kurang 36 bulan sewaktu tarikh tamat permohonan dalam talian (14 Januari 2024)
  3. Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan semasa dalam tempoh pengajian kerana keperluan pembelajaran, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan dalam talian (14 Januari 2024). Surat pengesahan tamat pengajian daripada institusi pengajian mestilah dimuatnaik semasa pendaftaran dalam talian.
  4. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon seperti berikut:
    1. telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya tiga (3) / enam (6) bulan jika belum mendaftarkan perniagaan (perlu menunjukkan bukti transaksi perniagaan semasa latihan fizikal);
    2. mempunyai Sijil Kemahiran / Sijil Teknikal (TVET) daripada mana-mana institusi atau pusat latihan kemahiran;
    3. pelajar Teknousahawan atau graduan Teknousahawan daripada mana-mana institut pengajian tinggi atau pusat latihan kemahiran;
    4. telah memiliki akaun semasa syarikat.
  5. Sihat tubuh badan / tidak mengalami masalah kesihatan yang kronik / tidak hamil / tidak berada dalam tempoh berpantang kerana melahirkan anak dan komited untuk mengikuti latihan secara fizikal di di lokasi latihan yang akan ditetapkan oleh SME Corp. Malaysia (7.00 pagi hingga 11.00 malam).
  6. Pemohon hendaklah.
    1. tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah;
    2. tidak diisytiharkan muflis dan
    3. bukan dalam senaraihitam oleh CTOS; dan
    4. bebas dari status / proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah
  7. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia. Definisi keluarga terdekat adalah seperti berikut:
    1. Isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
    2. Adik atau abang atau kakak pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
    3. Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
    4. Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
    5. Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan b
    6. Bapa saudara, emak saudara atau sepupu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
    7. Menantu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
  8. Bagi pemohon yang merupakan pasangan suami isteri atau adik-beradik
    1. hanya salah seorang sahaja yang layak / boleh dipertimbangkan menyertai program pada tahun semasa.
    2. hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
  9. Pemohon tidak bekerja
    1. Pekerjaan sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; atau
    2. Pekerjaan sama ada bertaraf tetap, kontrak, sambilan atau sementara; atau
    3. Bagi pekerja sambilan yang terpilih, beliau perlu berhenti dan menumpukan sepenuh perhatian bagi menjalankan perniagaan.
  10. Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya (TUBE 1.0 hingga TUBE 9.0, TUBE@IPT, TUBE@PENJANA, TUBE@PEMERKASA, TUBE@TVETMARA dan TUBE@Mikro Madani).
  11. Pemohon yang pernah atau telah mengikuti sepenuhnya Fasa 1 dan Fasa 2 bagi latihan yang diadakan secara fizikal atau Fasa 1 bagi latihan yang diadakan secara dalam talian tetapi tidak dipertimbangkan GP semasa tamat Program TUBE yang disertai adalah tidak lagi layak memohon.
  12. Pelajar institut pengajian tinggi semester akhir di tahun akhir pengajian boleh memohon, namun:
    1. sekiranya memenuhi kriteria kelayakan permohonan dan diterima mengikuti program, pemohon dikehendaki untuk TIDAK menyambung pelajaran dalam tempoh satu (1) tahun / dua belas (12) bulan dari tarikh akhir sesi latihan TUBE yang disertai sebagai komitmen kepada Fasa 2 program ini; dan
    2. pemohon bukan dalam tempoh menjalani latihan industri semasa Program TUBE X dijalankan kelak.
  • Bagi graduan yang telah mendaftarkan perniagaan semasa dalam pengajian, beliau masih boleh memohon dengan syarat beliau telah tamat pengajian. Tarikh tamat pengajian rasmi beliau hendaklah tidah melebihi 12 bulan sewaktu tarikh tamat permohonan dalam talian (14 Januari 2024) bagi membolehkan permohonan beliau layak dipertimbangkan.

Peserta yang layak menyertai Program ini akan menerima bantuan seperti berikut:

  1. Latihan asas keusahawanan untuk menjalankan perniagaan
  2. Layak dipertimbangkan Geran Permulaan Perniagaan sehingga maksimum RM15,000.00 selepas menamatkan latihan
  3. Khidmat nasihat dan pemantauan perniagaan melalui :
    1. Penyedia Perkhidmatan yang dilantik; dan
    2. Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia
  4. Syarikat yang berjaya di bawah Program ini juga boleh mendapatkan bantuan tambahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank, Bank Rakyat dan Agro Bank atau lain-lain Kementerian dan Agensi yang menyediakan program dan bantuan keusahawanan untuk mengembangkan perniagaan yang dijalankan

Bergantung kepada tempoh masa yang diambil oleh peserta untuk mengemukakan dokumen-dokumen sokongan permohonan geran. Pemprosesan dokumen oleh :

  • pihak Urus Setia Program mengambil masa sehingga 21 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima daripada peserta; dan
  • Bahagian Kewangan dan Akaun mengambil masa sehingga 14 hari bekerja dari tarikh fail diterima daripada Urus Setia Program

Calon simpanan hanya akan dipanggil untuk menyertai Program sekiranya terdapat kekurangan peserta atau penarikan diri oleh peserta yang layak sahaja

Peserta disarankan untuk :

  1. mempunyai perancangan dan idea yang jelas tentang perniagaan yang hendak dijalankan;
  2. Memberikan komitmen penuh sepanjang Bengkel Asas Keusahawanan (Fasa 1) dijalankan dan juga sepanjang tempoh pemantauan (Fasa 2) selama 12 bulan dan memanfaatkan setiap ilmu dan pengetahuan yang dipelajari sepanjang Program untuk memulakan dan/atau mengembangkan perniagaan.
  3. Tidak hanya berharap dan bergantung kepada Geran Perniagaan yang akan ditawarkan di bawah program TUBE sahaja, sebaliknya peserta seharusnya mempunyai dana permulaan sendiri untuk memulakan perniagaan dan seterusnya menggunakan Geran yang diterima di bawah Program TUBE untuk mengembangkan lagi perniagaan yang dirancang / dijalankan.
  4. Peserta Program ini seterusnya diharap dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat melalui aktiviti perniagaan dan keusahawanan yang dijalankan