Permohonan hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:

  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 - 30 TAHUN semasa tarikh tutup permohonan ;
  2. Telah mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Ordinan Negeri dan pendaftaran perniagaan hendaklah kurang 36 bulan sewaktu tarikh tamat permohonan dalam talian (14 Januari 2024);
  3. Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan semasa dalam tempoh pengajian kerana keperluan pembelajaran, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan dalam talian (14 Januari 2024). Surat pengesahan tamat pengajian daripada institusi pengajian mestilah dimuatnaik semasa pendaftaran dalam talian.
  4. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon seperti berikut :
    1. telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya tiga (3) / enam (6) bulan jika belum mendaftarkan perniagaan (perlu menunjukkan bukti transaksi perniagaan semasa latihan fizikal);
    2. mempunyai Sijil Kemahiran / Sijil Teknikal (TVET) daripada mana-mana institusi atau pusat latihan kemahiran;
    3. pelajar Teknousahawan atau graduan Teknousahawan daripada mana-mana institut pengajian tinggi atau pusat latihan kemahiran;
    4. telah memiliki akaun semasa syarikat.
  5. Sihat tubuh badan / tidak mengalami masalah kesihatan yang kronik / tidak hamil / tidak berada dalam tempoh berpantang kerana melahirkan anak dan komited untuk mengikuti latihan secara fizikal di di lokasi latihan yang akan ditetapkan oleh SME Corp. Malaysia (7.00 pagi hingga 11.00 malam).
  6. Pemohon hendaklah.
    1. tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah;
    2. tidak pernah diisytiharkan muflis
    3. bukan dalam senaraihitam oleh CTOS; dan
    4. bebas dari status / proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah
  7. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia. Definisi keluarga terdekat adalah seperti berikut:
    1. Isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
    2. Adik atau abang atau kakak pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
    3. Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
    4. Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
    5. Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan b
    6. Bapa saudara, emak saudara atau sepupu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
    7. Menantu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
  8. Bagi pemohon yang merupakan pasangan suami isteri atau adik-beradik
    1. hanya salah seorang sahaja yang layak / boleh dipertimbangkan menyertai program pada tahun semasa.
    2. hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
  9. Pemohon tidak bekerja
    1. Pekerjaan sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; atau
    2. Pekerjaan sama ada bertaraf tetap, kontrak, sambilan atau sementara; atau
    3. Bagi pekerja sambilan yang terpilih, beliau perlu berhenti dan menumpukan sepenuh perhatian bagi menjalankan perniagaan.
  10. Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya (TUBE 1.0 hingga TUBE 9.0, TUBE@IPT, TUBE@PENJANA, TUBE@PEMERKASA, TUBE@TVETMARA dan TUBE@Mikro Madani).
  11. Pemohon yang pernah atau telah mengikuti sepenuhnya Fasa 1 dan Fasa 2 bagi latihan yang diadakan secara fizikal atau Fasa 1 bagi latihan yang diadakan secara dalam talian tetapi tidak dipertimbangkan GP semasa tamat Program TUBE yang disertai adalah tidak lagi layak memohon.
  12. Pelajar institut pengajian tinggi semester akhir di tahun akhir pengajian boleh memohon, namun:
    1. sekiranya memenuhi kriteria kelayakan permohonan dan diterima mengikuti program, pemohon dikehendaki untuk TIDAK menyambung pelajaran dalam tempoh satu (1) tahun / dua belas (12) bulan dari tarikh akhir sesi latihan TUBE yang disertai sebagai komitmen kepada Fasa 2 program ini; dan
    2. pemohon bukan dalam tempoh menjalani latihan industri semasa Program TUBE X dijalankan kelak.
Pemohon hendaklah MEMENUHI SEMUA kriteria kelayakan yang dinyatakan. Sekiranya didapati bahawa pemohon tidak memenuhi salah satu / mana-mana kriteria dinyatakan di atas, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan. Sekiranya didapati pemohon mengemukakan maklumat palsu, permohonan akan DIBATALKAN serta merta.