• Program ini merupakan inisiatif Kerajaan untuk membantu dan menyokong keusahawanan di kalangan belia Bumiputera. Pembangunan belia sebagai generasi pelapis kepimpinan negara merupakan salah satu strategi pembangunan negara yang diberikan penekanan dan keutamaan.
  • Bagi membantu syarikat belia yang terkesan akibat Covid-19, serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui aktiviti perniagaan khususnya kepada belia dan penganggur, Program TUBE telah dikenalpasti di bawah inisiatif Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai salah satu program yang membantu bagi menyediakan peluang ini kepada penganggur dan belia yang layak dan berminat menjalankan perniagaan.
  • Memupuk semangat keusahawanan di kalangan belia
  • Anjakan paradigma belia dari pekerja kepada pemilik perniagaan dan
  • Membentuk daya tahan dalam pengendalian perniagaan.

Terdapat tiga (3) komponen :

Latihan : Dilaksanakan secara dalam talian selama 10 hari
  • Latihan memberi fokus pada modul-modul berkaitan pembangunan perniagaan, pemasaran & pengurusan kewangan iaitu selaras dengan situasi semasa.

Bantuan Geran Perniagaan : Usahawan belia yang melepasi layak akan dipertimbangkan geran permulaan sehingga maksimum RM15,000.00.

Khidmat nasihat dan Pemantauan : Dibantu oleh Kaunselor Perniagaan bagi menyokong perniagaan yang baharu bermula tersebut sehingga maksimum 12 bulan. Usahawan belia memilih untuk tidak meneruskan perniagaan selepas menerima geran, maka peserta perlu memulangkan semula jumlah geran yang telah diterima.

Permohonan hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:
  1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 - 30 TAHUN ;
  2. Sekiranya telah mendaftar perniagaan hendaklah kurang dari 12 bulan / Sekiranya belum mendaftar perniagaan, pemohon telah menjalankan perniagaan tidak rasmi sekurang-kurangnya 3 bulan dan tidak melebihi 12 bulan (pembuktian dengan memuatnaik akaun bank perniagaan/ individu yang menunjukkan terdapat aktiviti debit/ kredit).
    1. Hanya mengambilkira pendaftaran perniagaan kali pertama. Sekiranya pembaharuan pendaftaran atau pendaftaran kali kedua, maka tarikh perdaftaran baharu/ kali kedua tersebut tidak diambil kira.
    2. Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang dari 12 bulan. Surat pengesahan tamat pengajian dari institusi pengajian mestilah dimuatnaik semasa pendaftaran dalam talian.
  3. Sihat tubuh badan/ tidak hamil dan komited untuk mengikuti latihan secara dalam talian (8.00 pagi hingga 5.00 petang).
  4. Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis atau disenaraihitam oleh bank;
    1. Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon
  5. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia.
    1. Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami/isteri dan anak-anak.
  6. Bagi pemohon yang merupakan pasangan suami isteri atau adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak/ boleh dipertimbangkan menyertai program pada tahun semasa.
    1. Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami/ isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
  7. Pemohon tidak bekerja tetap@sementara/ telah diberhentikan kerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta;
  8. Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya (TUBE 1.0 hingga TUBE 8.0, TUBE@PENJANA).
  9. Bagi pemohon yang merupakan pelajar IPT tahun akhir, sekiranya memenuhi kriteria kelayakan permohonan dan diterima mengikuti program, pemohon dikehendaki untuk TIDAK menyambung pelajaran dalam tempoh satu (1) tahun/ dua belas (12) bulan dari tarikh akhir sesi latihan TUBE yang disertai sebagai komitmen kepada Fasa 3 program ini; dan
  10. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Kemahiran/ telah diberhentikan kerja, namun mempunyai minat mendalam menjalankan perniagaan sebagai kerjaya.
  • Bagi graduan yang telah mendaftarkan perniagaan semasa dalam pengajian, beliau masih boleh memohon dengan syarat beliau telah tamat pengajian. Tarikh tamat pengajian rasmi beliau hendaklah tidah melebihi 12 bulan bagi membolehkan permohonan beliau layak dipertimbangkan.

Peserta yang layak menyertai Program ini akan menerima bantuan seperti berikut:

  1. Latihan asas untuk menjalankan perniagaan
  2. Layak dipertimbangkan Geran Memulakan Perniagaan sehingga maksimum RM15,000.00 selepas menamatkan latihan
  3. Khidmat nasihat dan pemantauan perniagaan melalui Buddy System oleh Kaunselor Perniagaan selama 12 bulan. Selepas tamat tempoh pemantauan, adalah diharapkan syarikat telah mempunyai asas perniagaan yang kukuh dan boleh mengendalikan perniagaan secara lebih efektif dan cekap; dan
  4. Syarikat yang berjaya di bawah Program ini juga boleh mendapatkan bantuan tambahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank, Bank Rakyat dan Agro Bank untuk memperkembangkan perniagaan yang dijalankan
  • Kepada belia yang terpilih untuk menyertai Program ini, perlulah mengikutinya dengan bersungguh-sungguh, sentiasa cekal dengan setiap cabaran dan rintangan dan memanfaatkan setiap ilmu dan pengetahuan yang bakal dipelajari sepanjang Program untuk memajukan perniagaan.
  • Penyertaaan di dalam Program ini juga diharapkan dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka yang terkesan akibat Covid-19 melalui aktiviti perniagaan dan keusahawanan yang dijalankan.